Header Ads

test

ADUN BUKIT LADA ZIARAH, BERI BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN


POKOK SENA - ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood hadir menziarahi arwah Abdul Rani Jaafar, 62 yang meninggal dunia akibat rebah tidak sedarkan diri.


Dikhabarkan, pada jam lima pagi pada Sabtu, beliau bangun tidur untuk solat dan ketika sedang menunggu waktu subuh beliau rebah tidak sedarkan diri dalam bilik tidurnya.


Pada jam enam pagi beliau sedarkan diri namun sebelah kiri beliau telah mengalami lumpuh.


Ambulan Hospital Sultanah Bahiyah sampai ke rumah dan sebelum sampai di hospital ayahnya tidak sedarkan diri.


Dilaporkan, arwah meninggal dunia hari ini dan jenazahnya diimamkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah di Masjid Che Mat Zin Kampung Kelut.


Ustaz Salim turut menyampaikan Bantuan Khairat Kematian Kerajaan Negeri Kedah kepada keluarga arwah

Tiada ulasan