Header Ads

test

AZHAR HARAP AYER HITAM FC TAWAN PIALA MENTERI BESAR KEDAH

 

AYER HITAM – Ayer Hitam FC mengadakan perlawanan persahabatan bersama Bukit Kayu Hitam FC bagi menguji ketahanan pasukan lawan di Padang Bola Sepak Universiti Utara Malaysia, pada Ahad.


ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkata melihat corak permainan para pemain beliau yakin Ayer Hitam FC akan memberikan saingan yang sengit kepada pihak lawan dalam Piala Menteri Besar Kedah pada awal Jun ini.


“Tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan bagi mengukur dan melihat sejauh manakah keserasian dan kemajuan yang dapat ditunjukkan oleh para pemain sebelum menghadapi perlawanan yang sebenar bagi merebut Piala Menteri Besar Kedah,” ujarnya.


Katanya, beliau mengharapkan agar Ayer Hitam FC dapat menewaskan pasukan lawan sekali gus membawa pulang Piala Menteri Besar Kedah ke DUN Ayer Hitam.


Melihat kesungguhan para pemain, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam, Abdul Hadi Omar akan mencari dana dan tajaan jersi merah pemain.


"Haji kena pastikan team kita menang perlawanan tiga dan 10 Jun ni, Insya Allah kita akan cari penaja untuk diletakkan nama penaja di jersi warna merah kita,” katanya kepada pengurus pasukan Haji Ghazali Isa.

Tiada ulasan