Header Ads

test

EXCO KEBAJIKAN SANTUNI MANGSA KEBAKARAN


SUNGAI PETANI – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad menziarahi mangsa kebakaran Law Kok Aun di Sungai Layar, baru-baru ini.


Katanya, beliau menerima laporan berlakunya satu kebakaran di Taman Seri Tanjung, Sungai Layar pada Ahad lebih kurang jam 7.30 malam.


Kejadian Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 


YB turut menyampaikan sumbangan Tabung Bantuan Segera dan barangan Pasca Bencana kepada mangsa.


Hadir sama, ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Haji Hanif Haji Ghazali dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah, Shaballah Zainol.


Dalam Ziarah Kasih tadi Kak Ton menyampaikan sumbangan Tabung Bantuan Segera dan barangan Pasca Bencana kepada mangsa.

Tiada ulasan