Header Ads

test

LELAKI LEMAS KETIKA MEMANCING IKAN


POKOK SENA – Seorang lelaki ditemui lepas selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai di Kampung Banggol, Jalan Panchor ketika sedang memancing pada Isnin.


Mangsa, Aliff Aswad Amir Zaidin Noor, 26 ditemui pada jam 10.44 pagi selepas operasi mencari dijalankan.


Mangsa yang merupakan seorang anggota tentera dan bertugas di Kuching, Sarawak dikatakan keluar pergi memancing ikan pada jam 8 pagi. 


Difahamkan, hasil pemeriksaan lanjut tiada sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.


ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood hadir mengimami solat jenazah arwah di Masjid Sungai Durian.

Tiada ulasan