Header Ads

test

KEDAH MILIKI PUSAT TEKNOLOGI MEMPELAM PERTAMA DI MALAYSIA


KOTA SARANG SEMUT- Pusat Teknologi Mempelam di Sala Kanan di sini merupakan satu-satunya pusat di Malaysia yang mempunyai 111 jenis klon mangga atau mempelam yang berasal dari pelbagai negara.


“Saya berharap Jabatan Pertanian dan Kedah Tourism dapat bersama mempromosikan tempat ini agar menjadi satu tempat yang mesti dilawati oleh pelancong dalam dan luar negara, “Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam Majlis Penjenamaan Harumanis Negeri Kedah di sini hari ini.


Katanya, lokasi pusat ini mudah dikunjungi iaitu dalam daerah Yan yang bersempadan dengan Daerah Kota Setar dan di tepi jalan utama Alor Setar - Sungai Petani.


Jelas Menteri Besar lagi di pusat tersebut terdapat tempat penyimpanan germplasma mangga untuk mengelak daripada kepupusan.


Katanya, pusat ini juga selalu di lawati oleh para penyelidik mangga terutamanya dari luar negara.

Dalam masa yang sama, Harumanis Negeri Kedah berlaku penjenamaan semula kepada Harumanis D’Aman yang dijangka meningkat sehingga 200 hektar keluasan tanaman dan pengeluaran sebanyak 600 metrik tan menjelang tahun 2025.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan