Header Ads

test

KXP: JANA 23,000 PELUANG KERJA MENJELANG 2026

 


SERI MENTALOON- Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) bakal menjana 23,000 peluang pekerjaan kepada anak muda Kedah menjelang tahun 2026.
  
“Kalau buat projek besar tetapi tidak menghasilkan peluang kerja untuk anak-anak negeri maka projek ini tidak berguna,” tambah Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor Sanusi ketika menghadiri program Townhall YAB Menteri Besar Kedah Bersama Mahasiswa hari ini.
  
Menteri Besar menjelaskan bahawa, KXP telah diubah model supaya tidak hanya menumpukan kemudahan penerbangan sahaja tetapi menjadi sebuah lapangan hijau seluas 9,400 ekar berasaskan penerbangan dan hub kargo utama di negara-negara Asean.
 
Katanya lagi, walaupun projek tersebut daripada kerajaan lalu ia tetap diteruskan dan dimasukkan ke dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035.
  
“Saya mempunyai keazaman. Apa-apa projek yang baik untuk rakyat, tidak akan dibatalkan hanya kerana latar belakang politik saya,” ujar beliau.
 
Tambah beliau, KXP bukan sahaja lapangan terbang yang akan dibina sebaliknya merangkumi sebuah bandar raya baharu di persekitaran lapangan terbang terbabit.
  
“Proses ini sukar kerana sejak 2014 projek bermula, tidak ada dokumen rasmi dibentangkan tentang projek itu di peringkat persekutuan. Kertas kerja baru dibentangkan buat pertama kali pada bulan Ogos 2020 dalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN),” tambahnya lagi.

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan