Header Ads

test

15 KAMPUNG DUN BUKIT LADA TERIMA TANGKI AIR BERSIH


POKOK SENA - Sebanyak 15 kampung menerima tangki tadahan air bersih daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada, semalam. 


Penghantaran air bersih tersebut telah bermula pada Selasa dan keseluruhan 15 buah kampung tersebut telah pun menerima air pada Rabu. 


Pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) pula telah pun menyediakan Jumbo Tanker di empat buah tempat, lori tangki di tujuh buah tempat dan tangki statik di lima buah tempat.


Ustaz Salim merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyediakan air untuk kemudahan penduduk Bukit Lada.


"Terima kasih juga kepada YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah yang bertindak tangkas menangani masalah air rakyat Kedah," katanya.

Tiada ulasan