Header Ads

test

PESAKIT STROK TERIMA BANTUAN KATIL


PENDANG - Seorang warga emas menarik nafas lega apabila menerima sumbangan katil hospital di kediamannya Bukit Jambul, baru-baru ini. 


Rahmah Awang, 69 mengalami sakit strok yang menyebabkan dia terlantar dan sukar untuk menguruskan diri. 


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang dan DUN Tokai mengambil inisiatif menyerahkan bantuan katil terbabit bagi memudahkan ahli keluarga menguruskannya. 


Bantuan ini diserahkan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Pendang, Saiful Syazwan Shafie. 


Menurut Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim, sumbangan berkenaan sebagai tanda ingatan dan keperihatinan pihaknya kepada mereka yang berada di dalam kesusahan.


“Diharapkan dengan sumbangan berkenaan, pesakit diberi sedikit keringanan dan kemudahan untuk diuruskan ahli keluarga,” katanya.

Tiada ulasan