Header Ads

test

AKSI HAMBAR KDA FC BUKAN KERANA GAJI

 


ALOR SETAR- Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak teragak-agak untuk menyaman mana-mana pihak sebarkan berita fitnah kononnya aksi hambar pasukan Hijau Kuning akhir-akhir ini berpunca masalah tunggakan gaji.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Presiden KFA tiada sebarang tunggakan gaji pemain seperti yang disebarkan.

Katanya, beliau telah dimaklumkan pengurusan KDA FC bahawa tiada sebarang tunggakan gaji melibatkan pasukan itu.

Menurut beliau, penyebar fitnah bakal berdepan tindakan mahkamah akibat perbuatan ‘gatal tangan’ mereka sendiri.

Berkaitan prestasi pasukan yang kurang memberangsangkan, Haji Sanusi berkata, beliau juga turut tidak begitu gembira dengan situasi tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, biarlah jurulatih dan pemain menentukan prestasi mereka.

“Sebagai Presiden KFA saya tidak akan masuk campur, saya juga seperti peminat yang lain, kita mahu Kedah menang.

“Saya difahamkan akan ada rundingan dengan pemain. Mungkin pemain-pemain yang cedera dan lambat pulih akan dipertimbangkan kedudukannya.” Katanya lagi.


Tiada ulasan