Header Ads

test

RUNTUHAN BAN TERUSAN TENGAH AKAN DIBAIKI SEGERA OLEH MADA



PELUBANG - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) segera melakukan tindakan kecemasan berikutan kejadian runtuhan ban kanan Terusan Tengah yang berlaku di struktur Alor Limpah, Sifon Lengkuas MADA sekitar jam 12.15 tengahari, semalam. 


Kejadian runtuhan ban ini disebabkan turunan hujan yang lebat pada 8 Mei 2022 lalu di kawasan tadahan dan di dataran menyebabkan aliran tidak terkawal dan peningkatan paras air dari tadahan Sungai Padang Terap.


Turunan hujan ini menyebabkan kenaikan paras air hulu dan hilir di Strutktur Alator Pelubang dimana paras tersebut telah melebihi paras limpah di Alor Limpah Lengkuas Sifon pada paras 8.01m menyebabkan kegagalan struktur alur limpah di Sifon Lengkuas.


Kejadian ini dijangka akan memberi kesan kepada penggunaan bekalan air terawat penduduk sekitar.


Pihak MADA bersama pihak SADA telah melakukan tindakan segera dengan menjalankan kerja-kerja pembinaan sekatan sementara di dalam Sungai Bukit Pinang bagi mengawal paras air di dalam Terusan Tengah supaya operasi loji rawatan air SADA tidak terjejas. 


Kerja-kerja pembaikan ban sementara akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak MADA dalam tempoh segera.


Dikeluarkan oleh :

YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman,

Pengerusi MADA

Tiada ulasan