Header Ads

test

TERIMA ADUAN KETIADAAN AIR, PKWR DUN AYER HITAM BERGEGAS HANTAR BANTUAN



AYER HITAM - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam sentiasa menerima aduan dan merealisasikan hasrat pemohon dengan menghantar bekalan air kepada penduduk di sekitar DUN Ayer Hitam yang terputus bekalan air bersih. 


ADUN Ayer Hitam, YB Haji Azhar Ibrahim berkata, sejak seminggu ni banyak rumah penduduk yang terjejas bekalan air. 


"Setiap laporan yang diterima akan diberi secara turutan yang dilaporkan oleh SADA," ujarnya. 


Katanya, PKWR menyediakan kenderaan dan keperluan yang cukup bagi membantu Jabatan Amal melakukan tugas dengan baik. 


Misi ini diketuai oleh Pengarah PKWR DUN Ayer Hitam, Abdul Hadi Omar bersama Jabatan Amal Jerlun, Khidmat Malaysia Jerlun dan Jerlun Care.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan