Header Ads

test

YAYASAN AL-BUKHARY SUMBANG RM2 JUTA KEPADA KERAJAAN NEGERI

 



SERI MENTALOON - Gas Malaysia Berhad, Johor Port Berhad, Northport (Malaysia) Bhd dan Malakoff Corporation Berhad merupakan syarikat kumpulan Yayasan Al-Bukhary memberi sumbangan RM2 juta kepada kerajaan negeri Kedah. 
 
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima replika cek daripada Penasihat Kanan Kumpulan Al-Bukhary, Dato' Paduka Mohd Puat Mohd Ali ketika menghadiri program Townhall YAB Menteri Besar Kedah Bersama Mahasiswa semalam. 
 
Tujuan sumbangan tersebut bagi membiayai program pemberian biasiswa di bawah kendalian Seksyen Pembiayaan Negeri Kedah. 
 
“Sekiranya ramai lagi penyumbang yang berkongsi rezeki dengan kerajaan negeri, kita akan perkembangkan lagi program pendidikan buat mahasiswa di luar dan dalam negeri Kedah,” kata Muhammad Sanusi ketika sesi soal jawab bersama mahasiswa. 
 
Town Hall semalam dihadiri oleh 577 mahasiswa anak kelahiran Kedah yang berada di institut pengajian tinggi seluruh negara.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan