Header Ads

test

PEMBINAAN LRA BUKIT SELAMBAU, BAKAL SELESAIKAN ISU AIR MERBOK

 



SERI MENTALOON - Masalah air di Merbok dapat diselesaikan dengan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Bukit Selambau yang akan menyalurkan air khususnya ke kawasan Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pembinaannya sudah mencapai kemajuan sebanyak 12 peratus.

“Projek itu sudah 12 peratus dalam pembinaan dan akan siap dalam masa 2 tahun. Saya yakin dan optimis apabila kita sudah ada LRA Bukit Selambau masalah air di situ termasuk UITM Merbok akan selesai,” ujar beliau ketika soal jawab Townhall YAB Menteri Besar Kedah Bersama Mahasiswa semalam.

Menteri Besar turut memaklumkan bahawa penyusutan air di Merbok berlaku apabila sumber air Gunung Jerai menjadi kering.

Tambahnya lagi, pembangunan dan pertambahan perumahan tidak diimbangi dengan prasarana projek bekalan air menyebabkan penurunan tekanan air.

“Dulu di Merbok takdak apa, sekarang projek pembangunan taman menggunakan paip yang sama menyebabkan tekanan air semakin rendah," kata Sanusi.

Muhammad Sanusi berkata beberapa tindakan sudah diambil antaranya menyalurkan air sebanyak 10 juta liter air sehari (MLD) dari Kuala Muda untuk keperluan air bersih ke LRA Tupah serta penghantaran air menggunakan lori ke kawasan terjejas.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga telah memperuntukkan sebanyak RM45 juta untuk kerja-kerja menaik taraf LRA Tupah susulan bencana kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan