Header Ads

test

383 CALON SPM BERJAYA PEROLEH SEMUA A

 


ALOR SETAR - Seramai 383 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah kerajaan di Kedah berjaya memperoleh semua gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki. 


Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah, Haji Rozaini Ahmad, berkata, daripada jumlah tersebut 10 calon telah memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran yang di ambil. 


Katanya, bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang itu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki 10 dan 11 mata pelajaran. 


Menurutnya, pada tahun 2021 seramai 29769 calon negeri Kedah yang mendaftar menduduki SPM berbanding 29934 pada tahun 2020 dengan pengurangan jumlah sebanyak 0.55 peratus.


“Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata (GP). Nilai GP yang lebih kecil adalah menunjukkan pencapaian calon yang lebih cemerlang.


“Pencapaian keseluruhan calon SPM 2021 berdasarkan Gred Purata negeri Kedah adalah 5.14 peratus,” ujarnya. 


Beliau berkata kepada media selepas Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, di sini hari ini.


Jelasnya lagi, pencapaian ini adalah satu yang membanggakan atas dasar menggunakan format kurikulum yang baharu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan calon SPM 2021 adalah kohort pertama yang menggunakan format ini.


"Calon SPM 2021 ini merupakan generasi pelajar kali kedua dalam sejarah pendidikan negara mengalami situasi persekolahan norma baharu, mereka mengikut sesi pembelajaran secara dalam talian. 


"Mereka hanya sempat belajar secara bersemuka untuk beberapa bulan sahaja di sekolah apabila kerajaan melaksanakan PKP bagi mengawal penularan pandemik COVID 19," tambahnya lagi.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#spm2021

Tiada ulasan