Header Ads

test

EXCO AGAMA SANTUNI JEMAAH HAJI


ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) menyantuni 150 jemaah haji di Raia Hotel, baru-baru ini.


Katanya, seramai 600 daripada 1040 jemaah haji dari Kedah yang bergerak dari Alor Setar bermula Jumaat sehingga hari ini.


“Bagi tahun ni lebih kurang 15000 sahaja kuota untuk jemaah haji Malaysia dan semoga tahun depan lebih banyak kuota diberikan kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan Facebook.


Beliau juga mendoakan semua jemaah haji pergi dan pulang dengan selamat serta mendapat haji yang mabrur.

Tiada ulasan