Header Ads

test

PASAR@PUTIK MUDAHKAN PENUNTUT ILMU BELI BARANG KEPERLUAN


KUALA KETIL –ADUN Kuala Ketil, YB Mejar (B) Mansor Zakaria memperkenalkan Pasar@Putik Kuala Ketil yang berkonsepkan pasar tani akan di adakan pada setiap hari Jumaat selepas pengajian ilmu di Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (PUTIK).


Katanya, pasar ini merupakan kerjasama bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).


“Konsep ini bertujuan memudahkan pengunjung yang hadir mendengar kuliah Dhuha setiap pagi Jumaat membeli barangan keperluan.


“Alhamdulillah sambutan pengunjung pada hari ini sangat baik dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis jualan dari peniaga tempatan.


Katanya lagi, pasar ini akan berterusan beroperasi pada setiap pagi Jumaat bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.


Turut hadir, Pengarah FAMA Negeri Kedah, Isa Hamzah.

Tiada ulasan