Header Ads

test

JUALAN TANAH KUBUR BERI PELUANG ANAK QARYAH BINA SAHAM AKHIRAT


POKOK SENA - ADUN Bukit Pinang, YB Wan Romani Wan Salim turut serta di majlis pelancaran jualan Tanah Kubur Masjid Nurul Ehsan Langgar, di sini.


Katanya, sebanyak RM300 ribu diperlukan bagi urusan membeli, meratakan dan memagar tanah perkuburan tersebut.


“Jualan tanah kubur ini merupakan peluang kepada kita semua, terutama anak qaryah di sini untuk membuat saham akhirat yang berpanjangan.


“Setiap dari kita perlu merebut peluang ini sebaiknya kerana bukan selalu peluang ini akan datang kepada kita,” katanya ketika ditemui wartawan.


Majlis perasmian kutipan sumbangan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Agama Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar sebelum menyampaikan khutbah Jumaat berkaitan kepentingan membelanjakan harta ke jalan Allah.


“Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam Malaysia Berhad, 02075010049852 atas nama Masjid Nurul Ehsan, Langgar,” katanya.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan