Header Ads

test

RUMAH KEDIAMAN MUSNAH DIJILAT API


POKOK SENA - Bagaikan tidak percaya apabila mendapat panggilan telefon bahawa rumah kediaman kami sedang dijilat api.


Itulah ungkapan mangsa, Mat Ridwan Mat Saad ketika di temui di rumahnya di Kampung Telok Jamat, pada Rabu.


Katanya, ketika kejadian dia sedang bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah sebagai Pengawal Keselamatan.


“Alhamdulillah, kami sekeluarga bernasib baik ketika kejadian tiada orang di rumah.


“Isteri saya kini sedang menerima rawatan di Hospital Putra dan seperti biasa anak-anak saya akan hantar ke rumah pengasuh sebelum pergi bertugas,” ujarnya.


Pegawai Khas ADUN Bukit Pinang, Mohd Firdaus Salleh yang mewakili YB Wan Romani Wan Salim hadir ke rumah mangsa bagi menenangkan Ridwan dengan meminta beliau menerima ujian ini sebaiknya.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba Penyelamat Pokok Sena, Azrul Musa berkata, mereka mengambil masa selama 30 minit bagi mengawal api dari terus merebak, punca kejadian masih disiasat.


“Pihak kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air kerana kedudukan pili bomba yang jauh dari tempat kejadian,” katanya.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan