Header Ads

test

KEDAH MENGORAK LANGKAH PERCEPAT PELAKSANAAN 5G


ALOR SETAR –Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Romani Wan Salin menggesa supaya pelaksanaan 5G di Kedah dipercepatkan pada tahun ini berbanding perancangan asal pada tahun 2023. 


Katanya, ini berikutan percambahan ekonomi di Kedah terutamanya di kawasan industri dan kawasan projek berimpak tinggi seperti Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Special Border Economic Zone (SBEZ) Bukit Kayu Hitam, Kulim International Airport (KXP) dan lain-lain. 


“Saya menekankan kepada Digital Nasional Berhad (DNB) agar pelaksanaan 5G di Negeri Kedah terutamanya di kawasan KHTP perlu dimulakan pada tahun ini (2022) kerana pada masa kini Negeri Kedah menjadi tumpuan para pelabur. 


“Nilai pelaburan yang diluluskan ke negeri ini sudah mencecah RM20 bilion menjelang suku kedua tahun ini. Jumlah ini mengatasi sasaran Pelan Pembangunan Kedah 2035 iaitu sebanyak RM10 bilion,” ujarnya.


Beliau berkata demikian selepas majlis taklimat berkenaan Pelan Pelaksanaan Rangkaian 5G di negeri Kedah oleh Wakil Digital Nasional Berhad (DNB) di Wisma Darul Aman, di sini.


Dalam perkembangan yang sama, projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi menaik taraf struktur telekomunikasi dan membina menara baru sedang dilaksanakan dijangka siap sepenuhnya pada 2023.

Tiada ulasan