Header Ads

test

MB Hadir Program Pemantapan PIBG dan PIBKS serta Pelancaran 'Terima Kasih Cikgu' Peringkat Negeri Kedah



Hari ini, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri Program Pemantapan PIBG dan PIBKS serta Pelancaran 'Terima Kasih Cikgu' Peringkat Negeri Kedah di Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Golongan warga pendidik adalah golongan yang sangat mulia dalam masyarakat.

Pendidikan bukan sahaja memberi pengertian sekadar menyampaikan ilmu malah membina juga nilai-nilai diri manusia.

Nasihat Dato’ Seri MB, mak, ayah perlu pesan kepada anak-anak untuk sentiasa menghormati guru, supaya ilmu masuk didada.

Hubungan anak murid dengan guru bukan sekadar hubungan murid dan guru. Perlu ada hubungan roh. Baru ilmu lekat didada bukan di buku atau gadget semata-mata.



 

Tiada ulasan