Header Ads

test

SUKAN SRITI ASAH BAKAT PELAJAR



POKOK SENA - Selain ibadah khusus seperti solat, menunaikan haji, membaca Al-Quran dan lain-lain, sukan juga adalah ibadah yang termasuk dalam kategori ibadah umum.


ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, ibu bapa dan guru perlu terapkan sejak dari kecil kepentingan sukan bagi menyihatkan tubuh badan dan memudahkan melakukan ibadah.


“Selain aktiviti di dalam bilik darjah, aktiviti sukan juga merupakan aktiviti pelajar yang memerlukan para pelajar keluar dan bertemu masyarakat. 


“Dalam acara sukan ini, para pelajar dapat tampilkan kreativiti masing-masing dan menunjukkan para pelajar semangat bersukan dengan menyertai acara yang dipertandingkan,”katanya ketika merasmikan pelepasan merentas desa Sukan Sekolah Rendah Islam Tunas Islam (SRITI) Raudhatul Assolihin, Kampung Nawa, di sini, pada Khamis.


Beliau juga berpesan agar semua pelajar menjaga keselamatan ketika bersenam dan sentiasa memperbaharui niat bersukan untuk ibadah.


Program acara tahunan ini turut dijayakan oleh Jabatan Amal Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang membantu mengawal lalu lintas.

Tiada ulasan