Header Ads

test

PANTAI MERDEKA BAKAL DINAIK TARAF



SUNGAI PETANI – Pantai Merdeka bakal berwajah baharu apabila projek naik taraf akan dibuat tidak lama lagi. 


ADUN Pantai Merdeka, YB Ahmad Fadzli Hashim berkata, projek ini adalah hasil usaha kerajaan menjadikan Pantai Merdeka sebagai lokasi riadah dan pelancongan.


“Antara komponen penambah baikkan adalah naik taraf hakisan pantai, penyelarasan pembinaan jeti bot penumpang dan pemulihan tapak sejarah seperti British Bunker.


“Kerja awalan telah dilakukan dan diharapkan agar projek ini dapat di laksana oleh pihak-pihak berkenaan dengan jayanya demi kesejahteraan penduduk dan pelancong di negeri ini,” ujarnya ketika sesi lawatan bersama Pegawai Kerajaan Negeri, Dato' Haji Isahak Murat, pada Ahad.


Katanya, projek naik taraf ini bakal menjadikan Pantai Merdeka lokasi pelancongan dan tempat bersejarah.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan