Header Ads

test

Pertahan Hak Negeri Kedah, Tuntut Sehingga Dapat

 


Seperti yang kita sedia maklum, Kedah merupakan negeri pertanian. Begitu juga dengan Kelantan.

Kedah membekalkan beras kepada negara sebanyak 43 peratus.

Disebabkan itu, empat empangan besar diwujudkan bagi mengairi kawasan pertanian. Bukan itu sahaja, takungan ini juga membekalkan air kepada negeri-negeri jiran.

Kata Dato' Seri MB, beliau menuntut bayaran ke Pulau Pinang bukan sebab ingin bergaduh.

Pertamanya disebabkan, Kedah menyimpan tanah sebanyak 380 ribu hektar hutan untuk kawasan tadahan.

Beliau berkata, siapa yang mendapat manfaat ini sepatutnya membuat bayaran.

Kalau kita bertimbang rasa kepada rakan yang berkorban kepada kita, tak perlu tunggu dia minta kita buat sumbangan kepada dia. Tak perlu tunggu sampai kita minta.
Sejak tahun 2010 lagi, zaman pemerintahan Almarhum Ustaz Azizan, Almarhum telah pun mintak RM20 juta setahun untuk bayaran air mentah. Tetapi Pulau Pinang buat tidak peduli.

Allah atur dunia ini elok. Apabila kerajaan negeri Perak turut tidak membekalkan air ke Pulau Pinang, maka Pulau Pinang mula berpaling semula kepada Kedah.

Jelas MB, beliau bukan nak menyeksa rakyat Pulau Pinang. Tapi beliau bekerja untuk negeri Kedah.

Mempertahankan hak negeri Kedah dan apa yang sepatutnya Kedah dapat, beliau akan tuntut sehingga dapat.

Ini yang beliau selalu kata, buat bagi jadi.

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan