Header Ads

test

ADUN SUNGAI LIMAU ZIARAH PESAKIT STROK


SUNGAI LIMAU – ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat melawat seorang penduduk yang sedang mengidap peyakit strok di Jalan Kolam Air, Kampung Bukit Besar, Khamis lalu.

 

Ustaz Azam berkata, Md Fazli Ismail, 55 tahun yang mengidap penyakit strok di rumahnya juga menderita penyakit kronik lain iaitu jantung, kencing manis dan gout.

 

“Isterinya juga tidak dapat bekerja kerana perlu memberikan lebih masa bagi menguruskan suaminya. 

 

“Kini mereka hanya bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat bagi membeli barang keperluan dan biaya sekolah anak-anak,” katanya.

 

Bagi meringankan beban keluarga pesakit, Ustaz Azam memberikan sumbangan lampin dewasa, bakul makanan dan wang tunai. 

 

Turut hadir pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sungai Limau.

Tiada ulasan