Header Ads

test

PESAKIT TERLANTAR TERIMA BANTUAN BKPT


SIK – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Kebajikan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyantuni tiga pesakit terlantar di Daerah Sik dan Baling, pada Selasa.


Tujuan lawatan ini adalah bagi menyerahkan Bantuan Keperluan Khas Pesakit Terlantar (BKPT).


Tiga pesakit di Daerah Sik adalah Md Tajri Naaim, 72 terlantar sakit strok dan pendarahan otak, Nur Aisya Humaira Suhani, 2 mengalami penyakit kulit kronik dan Che Rodiah Baharom, 74 yang terlantar akibat strok.


Manakala pesakit di Daerah Baling adalah Ismail Abdul Rahman. 43 yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU),  Saudah Hamid, 60 lumpuh tidak boleh berjalan dan Maimunah Salleh, 86 warga emas terlantar yang memerlukan penjaagan rapi daripada waris.


“Saya mendoakan agar Allah memberi kesembuhan kepada mereka serta kekuatan fizikal dan mental kepada waris dalam mengharungi ujian daripada Allah SWT ini,” ujarnya.


Hadir sama, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Elmi Yusoff, Pegawai Khas (Kawasan) Kepada Menteri Besar Kedah, Haji Badrul Hisham Abdul Rahman dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sik, Ismail Hassan.

Tiada ulasan