Header Ads

test

RIZAB SUNGAI AKAN DIKOSONGKAN UNTUK PROJEK TEBATAN BANJIR


KOTA SETAR- Kerajaan Persekutuan telah membuat ketetapan agar kerajaan negeri di seluruh negara memulakan proses mengosongkan rizab sungai bagi projek tebatan banjir.

"Saya risau di semua daerah di Kedah ini, banyak pencerobohan dari rizab sungai untuk mendirikan penempatan. 

"Saya harap selepas ini tidak ada lagi pencerobohan yang baru," ujar Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika dalam Majlis Penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir Tahun 2022 di Daerah Kota Setar, di sini hari ini.

Katanya, sekiranya masih terdapat penempatan penduduk di rizab sungai, pelaksanaan projek tebatan banjir akan berlaku masalah untuk melakukan perluasan sungai, meluruskan sungai dan membina tembok.

Jelasnya, kajian daripada Jabatan Pendaftaran Negara mendapati apabila banyak bangunan didirikan di tepi sungai, air yang naik ketika banjir susah untuk surut semula kerana terhalang.

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan