Header Ads

test

UTAMAKAN BANTU IBU BAPA


KOTA SETAR – “Anak-anak yang telah berjaya diseru untuk bantu ibu bapa yang belum ada penempatan tetap, tidak terlalu terkejar untuk berkereta mewah.”

Demikian ucapan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam Majlis Penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir Tahun 2022 di Daerah Kota Setar, di sini hari ini.

Menteri Besar turut menasihati agar anak-anak jangan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan untuk membina kehidupan sendiri tanpa menoleh ke belakang melihat sejarah keluarga.

Tegasnya kepada semua agar menyelesaikan perkara yang penting terlebih dahulu kemudian baru selesaikan yang tidak penting.

“Kalau rumah kita pun masih daif tapi anak-anak tak kisah kita dah, kesilapan tu ada kat kita sebab lupa pesan kat depa (anak-anak), “ ujar beliau. 

Katanya perkara sebegini adalah amalan yang kurang baik dan mesti diperbetulkan kerana setiap anak tidak sama tanggungjawabnya.

Pada kali ini jumlah sumbangan BWI oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada mangsa-mangsa banjir telah dinaikkan kepada RM1000 daripada RM500 sebelum ini.

 

Tiada ulasan