Header Ads

test

RUMAH REBAN DI BAWA ARUS DERAS DAPAT PERHATIAN ADUN


ALOR SETAR - ADUN Bukit Pinang, YB Romani Wan Salin menzahirkan simpati dengan membuat lawatan ke sebuah rumah yang reban dibawa arus deras, pada Isnin.


Kejadian itu terjadi di Kampung Sungai Pasir, di sini.


“Kita mengucapkan syukur kerana tiada sebarang kemalangan maut kerana ketika kejadian terjadi tiada siapa di tempat kejadian.


“Tadi saya sudah melihat sendiri kondisi rumah ini, ia sudah tidak berapa selamat untuk diduduki kerana hakisan terus berlaku,” katanya kepada media.


Mangsa Azhar Ahmad berkata kejadian yang melibatkan bahagian belakang rumah itu sangat merisaukan mereka sekeluarga.


Wan Romani sempat memberi satu solusi awal kepada Azhar agar dia membuat permohonan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).


Turut hadir Pegawai Khas ADUN, Mohd Firdaus Salleh; Penghulu Kampung Mukim Bukit Pinang, Amirul dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung dan Keselamatan (JPKK) Ghafar Osman.

Tiada ulasan