Header Ads

test

DUN BUKIT PINANG HIDUPKAN KEMBALI AKTIVITI SUNAH


 

POKOK SENA - Pertandingan Memanah Tradisional berjaya tarik minat anak muda dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang.


ADUN Bukit Pinang, YB Romani Wan Salin berkata, acara memanah ini boleh dijadikan budaya tarikan di Kedah sekali gus menghidupkan kembali sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW.


“Saya sangat optimis untuk memperkenalkan sukan memanah tradisional kepada masyarakat dalam daerah ini dan mahu sukan itu menjadi aktiviti sukan keluarga dan masyarakat.


“Pertandingan sebegini mendapat sambutan terutamanya golongan belia dan mampu menjadi perisai anak muda daripada terlibat aktiviti negative seperti dadah dan merempit,” ujarnya di kenyataan status Facebook.


Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN  Bukit Pinang, Daud Ahmad di Pantai Jamal, pada Sabtu.


Menurut Daud, Alhamdulillah sambutan yang diterima amat baik meskipun sukan memanah ini kurang popular di kalangan masyarakat.

Tiada ulasan