Header Ads

test

SEDIA JADI PEMUDAHCARA REALISASIKAN UNIVERSITI TEKNIKAL DI KEDAH

 


JITRA - Kerajaan negeri bersedia menjadi pemudahcara sebarang usaha ke arah merealisasikan hasrat pembinaan pusat pengajian tinggi awam yang menawarkan pengkhususan dalam bidang teknikal di Kedah.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyokong usaha untuk menjayakan agenda ini dalam memperkasakan ekosistem pendidikan dan industri di Negeri Kedah.

"Dalam kita menikmati perkembangan pesat sektor industri, sebuah pusat pengajian tinggi awam yang menawarkan pengkhususan dalam bidang teknikal adalah satu keperluan bagi kita," ujarnya dalam Majlis Perasmian Pembukaan Ekspo Pendidikan Tinggi dan Kerjaya Negeri Kedah Tahun 2022 bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), di sini hari ini.

Tambah Muhammad Sanusi lagi ianya adalah untuk melahirkan modal insan yang terlatih serta mampu mencetuskan inovasi untuk melonjakkan nama negeri dan negara dalam bidang berteknologi tinggi.

Selain itu, inisiatif ini sangat penting bagi membuka peluang yang lebih luas bagi anak-anak Negeri Kedah untuk menjana keupayaan di negeri sendiri tanpa perlu berhijrah ke luar ke negeri.

"Anak Kedah tak payah kerja jauh-jauh, belajar di kedah, kerja di kedah dan dengan keluarga di kedah pun akan rapat," kata Sanusi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan