Header Ads

test

BANTU SIAPKAN RUMAH IBU TUNGGAL


KUALA KETIL – Kesusahan hidup ibu tunggal mendapat perhatian ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria dan Pertubuhan Dana Kita.


Peruntukan sebanyak RM40 ribu dibelanjakan bagi menyiapkan rumah ibu tunggal itu yang terbengkalai.


Katanya, peruntukkan ini merupakan dana terkumpul daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Selarong, Pertubuhan Dana Kita, Imam Masjid Kejai, Jawatankuasa Pembangunan Kampung dan Keselamatan (JPKK) serta masyarakat Kampung Kejai.


Nor Hafizah Ahmad, 47, seorang ibu tunggal kehilangan suami pada Oktober lalu akibat serangan jantung.


Katanya, sejak kematian suaminya dia bersama enam anaknya yang masih bersekolah meneruskan hidup di rumah adik iparnya.


“Saya bersyukur dengan bantuan yang diberikan ini. Saya tarik nafas lega dan merasa gembira apabila rumah ini bakal siap tidak lama lagi,” katanya.


Dimaklumkan, Pertubuhan Dana Kita juga menyiapkan kerja pemasangan tenaga elektrik serta menyumbangkan peti ais, periuk nasi dan dapur gas bagi kegunaan keluarga tersebut.

Tiada ulasan