Header Ads

test

TAHUN 2022 : KEDAH BERJAYA MENGATASI SASARAN PELABURAN RM10 BILION

 


ALOR SETAR- Kedah berjaya menarik pelaburan masuk sebanyak RM20 billion untuk suku kedua 2022 mengatasi sasaran Pelan Pembangunan Kedah 2035 iaitu RM10 billion.

Keyakinan komuniti pelabur itu menurut Menteri Besar, YAB Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor adalah cerminan kepada nilai integriti yang sentiasa diberikan penekanan dalam setiap peringkat urus tadbir kerajaan negeri.

Paling membanggakan ujar Sanusi apabila Tuanku Raja Muda berangkat merasmikan operasi kilang pemasangan kereta Porsche yang pertama di Kawasan Perindustrian Padang Meiha, Kulim Mac lalu.

"Kilang di Kawasan Perindustrian Padang Meiha ini adalah yang pertama bagi Porsche AG di luar Eropah.

"Selain Porsche, firma AT&S dari Austria juga telah memuktamadkan pelaburan RM8.5 bilion untuk membuka kilang papan litar bercetak (PCB) dan substrat litar bersepadu di Kulim Hi-Tech Park (KHTP),"katanya sempena sambutan Keputeraaan Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, di Istana Anak Bukit.

Tambahnya lagi, pencapaian Kedah merupakan rekod cemerlang dalam sejarah negara.

Beliau berkata, bawah slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”, kerajaan negeri akan terus berikrar untuk terus mengusahakan pentadbiran dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama serta apa jua perbezaan termasuk pegangan politik.

“Semua titah KDYMM Tuanku akan sentiasa dijunjung dengan penuh iltizam dan istiqamah demi memastikan perjalanan urus tadbir Kerajaan Tuanku sentiasa patuh pada arah tuju sebagaimana yang KDYMM Tuanku titahkan,” ujar Muhammad Sanusi.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#MediaMBKedah 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan