Header Ads

test

PRESTASI PELABURAN MALAYSIA (JANUARI-MAC 2022)


 Disaat berdepan cabaran selepas pandemik COVID-19, ekonomi dan kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan dengan penuh keikhlasan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.


Alhamdulillah hasil keikhlasan ini, Allah hadirkan sesuatu diluar jangkaan dengan penerimaan pelaburan tertinggi dalam Malaysia sebanyak RM8.8 bilion bagi suku pertama dari bulan Januari hingga Mac.


Prestasi ini mengatasi Pulau Pinang di kedudukan kedua yang meraih RM7.2 billion dan 3 negeri yang lain. 


Pencapaian ini adalah pemankin kepada kebangkitan negeri Kedah sebagai negeri perindustrian utama negara pada masa hadapan. 


Alhamdulillah, berkat kepimpinan yang ada hari ini dan rakyat yang beriman pasti Allah limpahkan lagi keberkahan di negeri Kedah, Insha Allah. 


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ


Maksudnya - "Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan" (al-A'raf, 96)


Semoga dengan pencapaian ini dapat menaikkan taraf hidup rakyat di negeri Kedah dan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak Kedah di perantauan untuk pulang mencari rezeki di Kedah. 


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan