Header Ads

test

KERAJAAN PERLU PERKASA KOLABRASI INDUSTRI, IPT

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan perlu memperkasakan penyelidikan dan pembangunan antara industri dan Institut Pengajian Tinggi (IPT), ujar Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Wira Ku Rahman Ku Ismail.


Katanya, kolabrasi ini membawa Malaysia menjadi negara berpotensi tinggi melahirkan teknologi-teknologi berkuasa tinggi seperti negara Jerman, Jepun dan lain-lain.


“Berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, berasaskan kepada perbincangan dan pemerhatian sewaktu lawatan ke syarikat-syarikat di negara maju salah satu penyumbang besar kepada kejayaan dalam mencipta teknologi ialah kolabrasi penyelidikan antara Industri dgn IPT yang begitu kuat.


“Penyelidikan dalam bidang teknologi dan kejuruteraan juga harus berorientasikan keperluan mencipta dan memajukan teknologi Malaysia sendiri untuk industri pembuatan,” ujarnya di kenyataan di Facebook beliau.


Katanya, gabungan sebegini dianggap peluang keemasan untuk negara yang harus dimanfaatkan universiti dan rakan industri.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan