Header Ads

test

ADUN PANTAI MERDEKA SANTUNI PENDUDUK SAMBUT BULAN KEMERDEKAAN



KUALA MUDA – ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim menyantuni penduduk KEDA Tepi Sungai, Kuala Muda menyambut Hari Kebangsaan 2022.
Sambutan ini diadakan dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk dan acara kibar bendera di sekitar perumahan KEDA.
Katanya, sambutan kemerdekaan di KEDA ini merupakan aktiviti tahunan penduduk di bulan kemerdekaan.
“Disamping meraikan bulan kemerdekaan, program kemerdekaan ini juga dapat menyemai sifat patriotik dalam kalangan penduduk dan mengeratkan silaturahim sesama masyarakat KEDA. Para penduduk bersama-sama bergotong-royong menyediakan makan tengah hari dan menyertai perarakan kemerdekaan dan sukaneka.
“Ini satu bentuk aktiviti yang dapat memberi kesan kepada orang ramai sebagai rakyat Malaysia, khususnya dalam usaha menerapkan nilai-nilai patriotisme,” ujarnya.
Beliau mengharapkan semua penduduk memeriahkan kawasan masing-masing dengan bendera untuk menghidupkan suasana bulan kemerdekaan.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan