Header Ads

test

TRADISI BUBUR ASYURA ERATKAN SILATURAHIM


POKOK SENA - Tradisi memasak bubur Asyura masih mendapat sambutan ramai penduduk di negeri Kedah.
Sekolah Kebangsaan Telaga Mas turut mengambil bahagian dalam meneruskan tradisi memasak bubur Asyura ini.
ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, acara memasak beramai-ramai ini adalah untuk melahirkan rasa perpaduan, rasa muhibah dan eratkan silaturahim dalam kalangan guru dan pelajar.
Dalam masa yang sama, Ustaz Salim turut menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Telaga Mas, Farahida Omar.
“Sumbangan yang diberikan ini tidaklah banyak namun boleh digunakan bagi memberi keceriaan kepada sekolah,” ujarnya.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

 

Tiada ulasan