IBU MUDA GUGUR AKIBAT LANGGAR LARI
POKOK SENA - Dugaan berganda buat seorang ibu muda apabila dia mengalami kemalangan yang telah mengakibatkan keguguran di sini, pada 7 Julai lalu.
Menurut Nor Emilia Abd Rahim, 30 ketika kejadian berlaku kandungannya berusia tiga minggu.
Katanya, kejadian berlaku ketika dia menunggang motosikal dalam perjalanan ke Kampung Nawa dipercayai telah dilanggar lari oleh sebuah kereta sebelum masuk ke simpang tiga Kampung Nawa.
Kereta yang tidak dapat dijejaki tersebut memotong namun tidak berjaya sehingga terlanggar sisi motosikal sebelum terus memecut laju meninggalkan mangsa.
Katanya lagi, kemalangan tersebut menyebabkan dia keguguran kandungan berusia tiga minggu, patah tulang di bawah tempurung lutut dan tulang di bahagian buku lali lari dari kedudukan asal.
Dimaklumkan, selepas kejadian dia dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah dan kaki kirinya disimen daripada peha sehingga buku lali.
Kisah ini mendapat perhatian ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood.
Beliau hadir menziarahi dan menyampaikan sumbangan kerusi roda bagi memudahkan Emilia menjalani kehidupan seharian.
Ustaz Salim turut mendoakan semoga dikurniakan zuriat soleh dan solehah dan mengharapkan dia supaya tabah dengan ujian yang dihadapi ini.
Post a Comment