Header Ads

test

MENTERI BESAR LAWAT KAWASAN BANJIR KILAT MELANDA BALING


BALING- Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor melawat kawasan Masjid Al Muttaqin, Batu 7, Rambong, Baling yang dilanda banjir kilat semalam.


Hujan lebat tanpa henti lebih dua jam semalam mengakibatkan beberapa kampung dan sebuah hospital di Baling dilanda banjir kilat.


Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Batu Tujuh Rambong, Charok Juan, Telok Sanau dan Bendang Sera di mukim Baling.


Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Isahak Murat, ADUN Bayu, YB Nasir Idris & Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat.



#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

 

Tiada ulasan