Header Ads

test

KERAJAAAN TUBUH TAHFIZ-TVET BERI LALUAN KERJAYA BAGI PELAJAR TAHFIZ



ALOR SETAR - Kerajaan melalui Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan TAHFIZ-TVET yang berperanan membentuk laluan pekerjaan bagi pelajar tahfiz di dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).


Timbalan Kementerian Sumber Manusia, YB Datuk Awang Hashim berkata, jawatankuasa ini ditubuhkan di atas kerjasama erat antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melancarkan TAHFIZ-TVET Malaysia.


Katanya, antara tujuan penubuhan ini adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz dalam pelbagai bidang TVET di samping menyediakan pekerja berkemahiran bagi menuju ke arah negara industri. 


“Penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk membantu dan menasihati institusi tahfiz negara dengan mewujudkan halatuju dan laluan kerjaya pelajar tahfiz dalam bidang TVET, memperkukuhkan serta memperkasakan latihan TVET dikalangan institusi tahfiz.


“Selain itu, turut memperkasakan kurikulum, bahan pembelajaran, personel dan persijilan melalui Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM),” katanya.


Mengulas lanjut, melalui penubuhan ini juga pelajar tahfiz akan memperoleh peluang mendapatkan latihan kemahiran yang sistematik melalui SPKM yang diiktiraf oleh kerajaan.



“Untuk memastikan lepasan pelajar tahfiz mempunyai halatuju yang lebih jelas selepas menamatkan pengajian, laluan kerjaya dalam bidang TVET perlu diperkemas agar mereka dapat menikmati peluang yang sama dengan pelajar pendidikan arus perdana. 


“Pewujudan kolaborasi antara institusi tahfiz dan institusi TVET adalah salah satu mekanisme yang dilihat selari dan menyokong  hasrat Kerajaan untuk mencapai matlamat ini,” jelasnya.


Jelasnya lagi, penubuhan ini selaras dengan Teras 2,  Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 iaitu “Mewujudkan Model Institusi Tahfiz”.


Beliau juga menegaskan kerajaan akan memberikan sokongan penuh bagi memastikan kejayaan pembangunan TAHFIZ-TVET dan mengalu-alukan segala khidmat nasihat dan ider bagi membantu melahirkan pelajar-pelajar tahfiz yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang TVET demi kepentingan pembangunan sumber tenaga mahir negara.

Tiada ulasan