Header Ads

test

LAKSANA AKTIVITI PERPADUAN KAUM, JAMIN KEHARMONIAN NEGARA


KUALA KETIL - Bagi mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum dilihat bukan satu perkara mudah dan boleh dipandang enteng.


ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria berkata semua lapisan masyarakat tidak kira di peringkat pemimpin negara mahupun anak kecil perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian yang telah kita kecapi selama ini.


"Kita perlu mengadakan pelbagai aktiviti sesama kaum bagi memberikan pendedahan kepada generasi masa kini tentang perpaduan antara kaum disamping tidak melupakan warisan melayu kita. 


"Dalam kehidupan masyarakat majmuk yang diamalkan di negara ini, semua pihak perlu memahami asal usul, menghormati serta menerima budaya, bahasa, agama dan cara hidup setiap bangsa," ujarnya kepada media di Program Hari Keharmonian Negara dan Warisan Melayu di Dewan Putik, Kuala Ketil, semalam.


Katanya, beliau teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh pengunjung yang hadir menyertai aktiviti yang dilaksanakan. 


"Kanak-kanak ramai yang gembira dengan aktiviti busana pelbagai kaum. Kanak-kanak memakai pelbagai jenis pakaian pelbagai kaum termasuklah sari dan baju kedah.


"Yang menariknya, acara yang diadakan ini melibatkan semua kaum terutamanya pertunjukan mempertahankan diri silat dan silambam daripada kaum India," ujarnya lagi. 


Selain pertandingan dan persembahan, cabutan bertuah juga dilakukan bagi memeriahkan lagi program tersebut. Hadiah utama merupakan sebuah mesin basuh.

Tiada ulasan