Header Ads

test

KEMISKINAN BUKAN PENGHALANG CAPAI KEJAYAAN


SUNGAI PETANI - Kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan jika ia disertai dengan semangat serta keinginan yang kuat, ujar ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim. 


Ustaz Fadzli berkata, semangat dan keazaman untuk sentiasa berusaha mempunyai cita-cita tinggi menjadi kunci utama untuk berjaya. 


"Sebagai seorang bekas pendidik, saya menekankan kepentingan pendidikan kepada anak pelajar untuk terus berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.


"Pelajar-pelajar haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk berjaya. Bacalah buku,ulangkaji pelajaran dan belajarlah sepenuh hati serta jangan tinggal solat," ujar beliau. 


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda, baru-baru ini. 


Beliau yang juga merupakan Timbalan Speaker DUN Kedah berkata, setiap pelajar perlu mencari pemangkin semangat untuk terus berjaya.

 

"Kalau orang lain boleh berjaya, kenapa kita tidak boleh berjaya. Kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya, jadikan kemiskinan sebagai kunci kejayaan untuk berjaya.


"Ramai orang berjaya hari ini datang dari latarbalakang kemiskinan dan kehidupan yang sukar. Tetapi boleh berjaya itu datang daripada air mata kemiskinan tetapi mereka tidak pernah putus asa dan mengalah untuk terus berjaya," tambahnya lagi. 


Beliau berharap semua pelajar belajar bersungguh-sungguh demi ibu dan ayah. Sesungguhnya dengan kejayaan dapat merubah kehidupan keluarga.

Tiada ulasan