Header Ads

test

RAGBI: PUPUK SEMANGAT PERSAHABATAN DAN ERATKAN UKHWAH

 


ALOR SETAR: Matlamat dalam bermain sukan ragbi adalah untuk memupuk semangat persahabatan, mengeratkan ukhwah sesama pencinta ragbi. 


Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, sukan ragbi merupakan sukan nombor satunya, justeru beliau mengalu-alukan setiap usaha ke arah memartabatkan sukan ini di setiap peringkat. 



"Kepada semua pemain dan pasukan, saya ucapkan selamat bersukan. 'Enjoy your game' dengan penuh semangat kesukanan,"katanya ketika merasmikan kejohanan Merdeka Rugby Challenge 2022 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti semalam. 


Jelasnya, ragbi bukan semata-mata sukan fizikal tetapi aspek taktikal juga diperlukan untuk membantu menjana minda menjadi lebih cerdas dan terlatih.


Tambah beliau, sukan ragbi merupakan acara sukan yang dapat memupuk semangat keberanian dan tahan lasak serta menjana daya fikir menjadi lebih strategik.


"Harapan saya agar kejohanan yang seumpama ini akan membantu negeri dan negara melahirkan pemain-pemain ragbi yang lebih berkualiti dan meningkatkan kedudukan tim ‘Bunga Raya’ di persada antarabangsa," ujarnya.




Tiada ulasan