Header Ads

test

450 PESERTA SERTAI KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SECARA PERCUMA DUN PANTAI MERDEKA

TIKAM BATU - Pengurusan jenazah adalah fardu kifayah namun tidak ramai boleh melakukannya berikutan kekurangan ilmu untuk berbuat demikian ditambah pula dengan beban kewangan.


Kerap mendapat permintaan ramai, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka, tampil menganjurkan kursus pengurusan jenazah secara percuma. 


Pengarah PKWR DUN Pantai Merdeka, Saifulazli Ahmad berkata, kursus yang dihadiri 450 peserta ini diadakan di Masjid Al-Barakah, Tikam Batu adalah untuk memberi pengetahuan khas kepada semua peserta terdiri daripada komuniti setempat.


“Saya tidak sangka akan sambutan hangat yang diberikan oleh penduduk setempat serta anak muda yang mengambil peluang dan ruang yang terhidang untuk ilmu yang bermafaat ini.


“Program pengurusan jenazah ini harus diperkembangkan dan diperbanyakkan di setiap masjid untuk memberi pendedahan dan ilmu tentang pengurusan jenazah yang sempurna oleh ahli keluarga,” ujarnya ketika merasmikan Program Pengurusan Jenazah Percuma Siri 1, pada Ahad.


Katanya, program ini merupakan anjuran bersama  Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Masjid Al-Barakah, Van Jenazah Percuma Sungai Perani, Team Amal Mabrur dan Van Wakaf Tikam Batu.


Turut hadir, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Syeikh Mohd Noor Ismardi Ismail.

Tiada ulasan