180 PENDUDUK SUNGAI ULAR TERIMA SUMBANGAN KEBAJIKAN KULIM – Seramai 180 penduduk di sekitar Sungai Ular terima sumbangan kebaji...
180 PENDUDUK SUNGAI ULAR TERIMA SUMBANGAN KEBAJIKAN KULIM – Seramai 180 penduduk di sekitar Sungai Ular terima sumbangan kebajikan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas. ADUN Merbau Pulas, YB Dato' Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, sumbangan yang diberi ini berupa Beras Sejahtera dan kit barangan dapur. "Untuk pengetahuan semua, Beras Sejahtera ini adalah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Kedah untuk menguruskan kemiskinan. "Beras Sejahtera ini telah diedarkan ke setiap DUN dan akan dipastikan sampai ke tangan rakyat yang memerlukan," ujarnya. Beliau juga berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/5/2023, 10:27:36 AM
Post a Comment