Header Ads

test

KEDAH INDUSTRY TOWNHALL JADI MEDAN PELABUR NYATA HASRAT, IMPIAN SUNGAI PETANI – Kerajaan negeri memainkan peranan penting untuk...


KEDAH INDUSTRY TOWNHALL JADI MEDAN PELABUR NYATA HASRAT, IMPIAN SUNGAI PETANI – Kerajaan negeri memainkan peranan penting untuk membantu semua pemain industri dan pelabur kembangkan perniagaan di Kedah. Exco Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, menerusi kenyataan itu Program Kedah Industry Townhall Siri 1 berjaya dilaksanakan di KISMEC, pada Jumaat. "Program ini bertujuan menjadi medan kepada semua pemain industri dan pelabur menyatakan hasrat dan permasalahan yang dihadapi. "Kita ingin membuatkan semua pelabur merasakan Kedah adalah pilihan yang terbaik untuk mengembangkan perniagaan kerana dokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada mereka," ujarnya. Katanya lagi, program ini diadakan secara bersiri agar dapat menyentuh keseluruhan pemain-pemain industri di tempat yang berbeza. Beliau juga berharap pembangunan kilang-kilang besar di Kedah ini seiring dengan pembangunan ekonomi setempat dan dalam masa yang sama memberi impak positif kepada rakyat Kedah khususnya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/5/2023, 1:16:20 PM 

Tiada ulasan