Header Ads

test

2025 : TAHUN MELAWAT KEDAH ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah menetapkan Tahun Melawat Kedah (TMK) pada tahun 2025 bagi meranca...


2025 : TAHUN MELAWAT KEDAH ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah menetapkan Tahun Melawat Kedah (TMK) pada tahun 2025 bagi merancakkan lagi industri pelancongan. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata peruntukan TMK 2025 akan dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Kedah pada 26 November nanti. Beliau mengharapkan agar TMK 2025 mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kementerian Pelancongan terutama dari sudut promosi. "Ada banyak program sempena Tahun Melawat Kedah bakal dijalankan," ujar Sanusi dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Negeri Kedah bertempat di Wisma Darul Aman hari ini, di sini. Jelasnya lagi, kehadiran pelancong ke Langkawi meningkat semasa cuti Deepavali sekaligus menafikan khabar angin bahawa pusat peranginan itu kurang dikunjungi pelancong. "Memang semua destinasi pelancongan ada sesi kemuncak mengikut musim. "Yang mengatakan Langkawi tiada pelancong itu saya rasa mereka tak biasa dalam sektor pelancongan tapi nak bercakap juga," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #tahunmelawatkedah2025 -UPDA 11/15/2023, 5:44:11 PM 

Tiada ulasan