Header Ads

test

2ND KEDAH INDUSTRY TOWNHALL Kerajaan Negeri Kedah di bawah Exco Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & I...


2ND KEDAH INDUSTRY TOWNHALL Kerajaan Negeri Kedah di bawah Exco Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi akan mengadakan program Kedah Industry Townhall bagi siri yang kedua di Kota Setar. Program kali ini akan diadakan pada 9 November 2023 di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman. Turut mengambil tempat adalah agensi-agensi berkait dengan masalah industri sebagai barisan panel. Panel ini lah yang akan menjawab segala persoalan dan mengambil tindakan terhadap permasalahan yang diajukan. Selain itu, kita juga membuka ruang kepada pemain industri untuk turut hadir serta berkongsi pandangan dan idea bagi meningkatkan sektor perindustrian di negeri Kedah. Ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan pelabur-pelabur yang telah melabur di Kedah terjaga dan isu yang dihadapi dapat diselesaikan. Maklumat mengenai program ini boleh didapati di https://townhall.kedah.one The Greater Kedah. Kredit: Facebook Haim Hilman -UPDA 11/8/2023, 4:21:37 PM 

Tiada ulasan