Header Ads

test

3000 PESERTA SERTAI KEDAH INTERNATIONAL MARATHON 2023 ALOR SETAR – Seramai 3,000 peserta menyertai Program Kedah International ...


3000 PESERTA SERTAI KEDAH INTERNATIONAL MARATHON 2023 ALOR SETAR – Seramai 3,000 peserta menyertai Program Kedah International Marathon 2023 yang berlangsung di Dataran Pekan Rabu, di sini, hari ini. Exco Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Md Din berkata, penyertaan ini termasuk peserta tempatan dan luar negara seperti Filipina, India, Singapura, Jepun, Kenya, United Kingdom, Indonesia dan China. "Saya perhatikan acara larian marathon semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat larian tempatan dan luar negara. "Komuniti pelari jarak jauh turut berkembang dari semasa ke semasa. Apatah lagi ketika ini lebih ramai yang menggemari aktiviti gaya hidup sihat dan ingin mencabar diri, larian jarak jauh melebihi 42 kilometer (km) atau ultra turut terus popular penyertaannya," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kedah International Marathon 2023, di sini, hari ini. Katanya lagi, beliau yakin acara ini dapat mempromosikan sektor pelancongan di negeri Kedah terutamanya daerah Kota Setar dengan memperkenalkan produk pelancongan di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Beliau turut dimaklumkan, acara larian ini dirancang bagi merancakkan sektor pelancongan Kedah dan memperkenalkan keunikan Bandaraya Alor Setar sempena kempen 'Mai Singgah Alor Setar 2024'. "Apabila adanya acara pelancongan sukan seperti ini, ia akan memberi kesan ekonomi yang baik kepada penduduk setempat dan produk-produk hiliran kerana peserta bukan sahaja hadir ke acara ini untuk berlari malah ada yang turut membawa ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama," tambahnya lagi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/4/2023, 3:47:50 PM 

Tiada ulasan