Header Ads

test

526 PENERIMA ANUGERAH TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH 2023



ALOR SETAR – Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz mohd Azam Abd Samat merakamkan jutaan tahniah kepada 526 penerima anugerah Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah 2023.


Katanya, orang Kedah perlu bersyukur kerana suasana pengajaran agama Islam di Kedah begitu aktif dan subur dengan halaqah-halaqah ilmu di masjid, surau, pondok dan sebagainya.


“Melihat kepada jumlah penerima tauliah ini akan lebih merancakkan penyebaran ilmu di negeri Kedah khususnya. 


“Elakkan perselisihan dalam isu furu’, sebaliknya carilah titik persamaan dengan berlapang dada demi kebaikan dan rahmat untuk kemaslahatan ummah,” ujarnya. 


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah 2023 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Wisma Persekutuan Anak Bukit, pada Khamis. 


Beliau amat berharap semua pemegang tauliah dapat menyampaikan ilmu dan membimbing masyarakat mengikut pegangan Ahlu Assunah Wal Jamaah. 


Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Mufti Negeri Kedah dan institusi agama yang lain serta para ilmuan Islam yang telah berusaha dan berganding bahu bagi memastikan masyarakat menerima ilmu yang bermanfaat demi agama Islam.



“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan