Header Ads

test

BELANJAWAN KEDAH 2024 : ANGGARAN HASIL NEGERI CECAH RM748 JUTA ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah menganggarkan hasil pada tahu...


BELANJAWAN KEDAH 2024 : ANGGARAN HASIL NEGERI CECAH RM748 JUTA ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah menganggarkan hasil pada tahun 2024 berjumlah RM748 juta meningkat sebanyak RM13 juta (1.74 peratus) berbanding anggaran hasil pada tahun lalu. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata daripada jumlah tersebut, penyumbang terbesar adalah daripada hasil cukai iaitu RM354.22 juta, diikuti hasil bukan cukai menyumbang sebanyak RM223.42 juta. Tambahnya, terimaan bukan hasil pula berjumlah RM170.35 juta. Muhammad Sanusi turut mencadangkan peruntukan belanja mengurus bagi tahun hadapan berjumlah RM852.1 juta. "Keseluruhan perbelanjaan kerajaan negeri melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan adalah berjumlah RM1.241 billion. "Mengambil kira anggaran hasil, perbelanjaan mengurus dan Kumpulan Wang Pembangunan, defisit tahun 2024 adalah dianggarkan sebanyak RM104.10 juta," ujar beliau semasa pembentangan Bajet Kedah 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Jelasnya, Bajet 2024 dirangka secara realistik dengan mengimbangi hasil dan perbelanjaan ke arah merealisasikan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' berdasarkan kedudukan kewangan semasa, kemampuan kutipan hasil negeri, keperluan perbelanjaan kerajaan dan keperluan serta kehendak rakyat. Kata Menteri Besar lagi, kerajaan negeri menetapkan tiga strategi utama dalam penyediaan bajet 2024 dengan 12 fokus dan 50 Inisiatif untuk memastikan peruntukan yang diletakkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memenuhi mandat rakyat Negeri Kedah. "Bajet ini 'solid' untuk rakyat. Kita nak setiap sen hasil negeri dibelanjakan tidak ada ketirisan dan pengabaian," ujar beliau dalam sidang media selepas pembentangan Bajet Kedah 2024. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/26/2023, 1:30:03 PM 

Tiada ulasan